Norizan Yahaya .: Ciri Sahabat Yang Baik.

27 February 2013

Ciri Sahabat Yang Baik.

Assalamualaikum :D

Awak, awak dan awak! "Ya awak yg tengah baca ni!" awak semua mesti ada sahabat baik kan?, confirm mesti ada punya, yang cakap tak ada tu sebenar dia belum sedar atau belum kenal lagi siapa sahabat baik dia sebenar. Yess, memang susah nak cari seorang sahabat yang betul-betul baik, kepada yang sudah mengenali siapa sahabat baik mereka 'Alhamdullilah' jagalah persahabatan tu baik-baik okey!

By the way, jom kita baca 14 ciri sahabat yang baik. Haaa! mungkin ciri-ciri ni ada pada sahabat korang.

Sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan                                 nafkah dia suka mencukupi keperluan itu.

Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka mnyebut-nyebutnya (maknanya dia tak penah melupakannya).

Carilah sahabat yang apabila mendengar keburukkanmu dia suka menutupinya.

 Pilihlah sahabat yg suka membantu antara satu sama lain jika kamu ditimpa kesusahan.

Pilihlah sahabat yg akan saling mengalah jika anda mempunyai peselisihan.

 Sahabat yang baik sudah tentunya mempunyai akhalak yang baik dan membuatkan kita selesa berkomunikasi dan bekawan dengannya.

 Sahabat yang baik dia tidak akan menceritakan keburukkan sahabatnya kepada orang lain.(Aku suka yang ni)

Sahabat yang baik akan sering menceritakan pekara yang baik yang kita lakukan. Jika dia mendiamkan diri sahaja, ada kemungkinan kita ini bukan sahabatnya, tetapi persaingnya.

Sahabat yang baik akan sentiasa mendengar pendapat kita untuk diteliti dan dia juga akan sentiasa mendoakan ke atas diri kita.

Sahabat yang baik dia inggin melihat masa depan kita cerah, suka melihat kita bahagia dan berharap kita berjaya dalam hidup.

 Seorang sahabat yang baik adalah apabila mendengar namanya, hati kita akan menjadi sejuk. Insan ini juga mempunyai makna yang hebat kepada diri kita.

Sahabat yang baik akan sentiasa mengingatkan kita agar sentiasa dekat dengan Allah SWT.

 Sahabat yang baik akan sentiasa berdoa dan memaafkan sahabatnya demi menjaga hubungan persahabatan sesama islam.

 Sahabat yang baik juga akan sentiasa menjaga maruah sahabatnya apabila ada yang cuba memburukkannya.

Sumber dari: nur.com 
P/s: Awak! awak yang baik tu KLIK SINI!

2 comments:

Vanilla Maple said... Reply To This Comment

saya sahabat yang baik. jadi saya tolong klik. hihik :D

norizan yahaya said... Reply To This Comment

hahaha! thank you.. B)

 
Copyright © . All Right Reserved by Norizan Yahaya